Sign in / Join

Rang Undang2 Enakmen Hutan (Penubuhan Hutan Simpan dan Pindaan) (Pindaan) 2023

TEKS UCAPAN PEMBENTANGAN
RANG UNDANG-UNDANG ENAKMEN HUTAN (PENUBUHAN
HUTAN SIMPAN DAN PINDAAN) (PINDAAN) 2023
dibentang: Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, YB Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Tuan Speaker,
Saya mohon mencadangkan bahawa suatu Rang UndangUndang bernama Rang Undang-Undang Hutan (Penubuhan Hutan Simpan dan Pindaan) (Pindaan) 2023 dibaca kali kedua sekarang.

Tuan Speaker,
Di persidangan Dewan yang mulia ini, saya mohon membentangkan Rang Undang-Undang bagi meminda Enakmen Hutan (Penubuhan Hutan Simpan dan Pindaan) 1984 yang dinamakan Rang Undang-Undang Hutan (Penubuhan Hutan Simpan dan Pindaan) (Pindaan) 2023.

Tuan Speaker,
Rang Undang-Undang Enakmen Hutan (Penubuhan Hutan Simpan dan Pindaan) (Pindaan) 2023 adalah bertujuan bagi menyempurnakan hasrat Kerajaan seperti berikut:

● Pertama, untuk membubarkan seluas lebih kurang lima ratus lima puluh empat perpuluhan empat tiga (554.43) hektar hutan simpan kekal negeri;
● Kedua, untuk menubuhkan dua (2) kawasan hutan simpan yang baharu seluas lebih kurang seribu satu ratus dua puluh satu (1,121) hektar; dan
● Ketiga, mengelaskan semula sembilan (9) kawasan hutan simpan daripada pelbagai kelas sedia ada.
Cadangan penubuhan hutan simpan baharu, pengelasan semula dan pembubaran sebahagian kawasan hutan simpan dipinda selaras dengan kehendak seksyen 2 Enakmen Hutan (Penubuhan Hutan Simpan dan Pindaan) 1984.

Tuan Speaker,
Kerajaan Negeri berhasrat untuk membubarkan seluas lebih kurang lima ratus lima puluh empat perpuluhan empat tiga (554.43) hektar daripada lapan belas (18) kawasan hutan simpan negeri yang terdiri daripada Hutan Simpan Kelas I (Perlindungan), Hutan Simpan Kelas II (Komersial), dan Hutan
Simpan Kelas V (Bakau) bagi tujuan penempatan atau perkampungan, tanah perkuburan, tapak masjid, tapak Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan atau Immigration, Custom, Quarantine and Security (ICQS) Serudong Simanggaris serta pembangunan kawasan bagi tujuan pembangunan sosio-ekonomi negeri, seperti yang berikut:

(i) Seluas 27 hektar daripada Hutan Simpan Sungai Mandun Kelas I dan 54 hektar daripada Hutan Simpan
Sg. Pinangah Kelas II dicadangkan untuk dibubarkan bagi tujuan pembangunan kilang bersepadu klinker dan simen di Pinangah, Tongod oleh Syarikat Borneo Cement (Sabah) Sdn. Bhd. (BCS). Jumlah keseluruhan kawasan yang akan dibubarkan adalah 81 hektar (200 ekar).

(ii) Seluas 158 hektar daripada Hutan Simpan Bukit Hampuan Kelas I dicadangkan untuk dibubarkan bagi
tujuan penanaman herba bernilai tinggi untuk kegunaan perubatan.

(iii) Seluas 39 hektar daripada Hutan Simpan Bukit Hampuan Kelas I dan seluas 5 hektar daripada Kawasan
Hutan Simpan Bukit Hampuan Kelas I (Tambahan II) dicadangkan untuk dibubarkan bagi tujuan pembangunan Taman Simpanan Alam Semula Jadi Mamut oleh TamanTaman Sabah.

(iv) Seluas 20 hektar daripada Hutan Simpan Sungai Serudong Kelas I dicadangkan untuk dibubarkan bagi
tujuan penubuhan ICQS bagi kawalan sempadan antarabangsa Malaysia dan Indonesia. Pewujudan ICQS ini adalah berikutan perpindahan Ibu Negara Indonesia ke Kalimantan, yang berkongsi sempadan antarabangsa dengan Malaysia melalui Sabah dan Sarawak;

(v) Seluas 9.5 hektar daripada Hutan Simpan Semporna Kelas V dicadangkan untuk dibubarkan untuk tujuan tanah perkuburan dan pembinaan masjid di daerah Semporna dan;

(vi) Seluas 241.93 hektar daripada pelbagai kawasan hutan simpan seperti yang berikut dicadangkan untuk dibubarkan bagi tujuan penempatan atau perkampungan:

i. Hutan Simpan Gn. Lumaku Kelas I, seluas 27 hektar melibatkan kawasan perkampungan di daerah Tenom iaitu Kampung Baru Jumpa.

ii. Hutan Simpan Gunong Lumaku Kelas I, seluas 10 hektar melibatkan kawasan perkampungan di Daerah
Tenom iaitu (i) Kampung Pangi (ii) Kampung Matolop Ulu Pangi dan (iii) tiga kawasan tanah bergeran.

iii. Hutan Simpan Bonggaya Kelas II seluas 13 hektar melibatkan kawasan perkampungan di daerah Beluran iaitu Kampung Bukit Besi dan Kampung Kuala Biangkang.

iv. Hutan Simpan Sipitang Kelas II seluas 44 hektar melibatkan kawasan perkampungan di Daerah Sipitang
dan Tenom iaitu Kampung Tunas Baru, Kampung Pakiak, Kampung Lumanpau dan Kampung Matolop Ulu
Pangi.

v. Hutan Simpan Lingkabau Kelas II seluas 21 hektar melibatkan kawasan perkampungan di Daerah Pitas
iaitu Kampung Dampiron.

vi. Hutan Simpan Abai Kelas V seluas 6 hektar melibatkan kawasan perkampungan di Daerah Kota
Belud iaitu Kampung Paka-Paka dan Kampung Lentigi.

vii. Hutan Simpan Elopura Kelas V seluas 4 hektar melibatkan kawasan perkampungan di Daerah
Sandakan iaitu Kampung Tanjung Aru.

viii. Hutan Simpan Sg. Gum-Gum & Sg. Loboh Kelas V seluas 1 hektar yang melibatkan kawasan tanah
bergeran di Daerah Sandakan. ix. Hutan Simpan Sulaman Lake Kelas V seluas 94.93 hektar melibatkan kawasan perkampungan iaitu Kampung Benakal dan Kampung Serusop dan juga bagi tujuan pembangunan kawasan masyarakat setempat di Daerah Tuaran.

x. Hutan Simpan Kuala Bonggaya Kuala Labuk Kelas V seluas 1 hektar melibatkan kawasan perkampungan di daerah Beluran iaitu Kampung Kuala Biangkang.

xi. Hutan Simpan Kudat Kelas V seluas 20 hektar melibatkan kawasan perkampungan di Daerah Kudat
iaitu Kampung Perapat Laut. Pembubaran kawasan hutan simpan bagi tujuan penempatan
dan perkampungan ini melibatkan kawasan yang didiami oleh penduduk tempatan sejak sekian lama. Keluasan bagi setiap kawasan adalah berbeza-beza mengikut bilangan rumah dan juga bilangan penduduk. Penduduknya adalah terdiri daripada masyarakat luar bandar yang berasal dari kawasan berkenaan dan telah dikenal pasti sebagai rakyat yang benar-benar memerlukan bantuan Kerajaan untuk diberikan kawasan tanah bagi tujuan penempatan mereka yang sah.

Perkampungan yang dikeluarkan dari kawasan hutan simpan ini akan diwartakan di bawah Ordinan Tanah (Bab 68) bagi tujuan perkampungan di mana pewartaan kawasan-kawasan ini sebagai rizab kampung pastinya akan memberi kelegaan kepada penduduk di kawasan yang terlibat. Pembubaran kawasan hutan simpan seluas lebih kurang 554.43 hektar ini tidak menunjukkan perubahan yang signifikan ke atas
keluasan keseluruhan hutan simpan, jika dibandingkan dengan kesejahteraan rakyat dan kepentingan pembangunan sosioekonomi Sabah. Pembubaran ini hanya melibatkan pengurangan sebanyak 0.02% daripada jumlah keseluruhan keluasan hutan simpan Negeri Sabah.

Tuan Speaker,
Di samping proses pembubaran kawasan-kawasan hutan simpan ini, Kerajaan juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan keluasan kawasan hutan simpan negeri adalah
mencukupi untuk memberikan perkhidmatan ekosistem seperti membekalkan air bersih yang berkualiti dan berkekalan, pemeliharaan flora dan fauna dan juga sebagai habitat hidupan liar. Ini juga adalah bertepatan dengan obligasi kerajaan untuk memastikan lebih kurang lima puluh peratus (50%) kawasan
negeri adalah diliputi hutan, selaras dengan komitmen negara di peringkat antarabangsa.
Justeru, Kerajaan juga dalam masa yang sama telah mengenal pasti beberapa kawasan untuk diwartakan sebagai kawasan hutan simpan, iaitu kawasan Tanah Kerajaan seluas lebih kurang seribu seratus dua puluh satu (1,121) hektar, seperti yang berikut:

(i) Kawasan tanah kerajaan berhutan jenis Hutan Paya Air Tawar di Daerah Kinabatangan seluas lebih kurang 924 hektar. Kawasan ini dicadangkan untuk diwartakan sebagai Hutan Simpan Trusan Kinabatangan (Tambahan III) Kelas I; dan
(ii) Kawasan Tanah Kerajaan di Daerah Lahad Datu seluas lebih kurang 197 hektar yang terdiri daripada Hutan Paya Air Tawar di kawasan jurang antara Rizab Hidupan Liar Tabin dan Hutan Simpan Sg. Maruap (Kelas I). Kawasan ini juga merupakan kawasan yang terkenal sebagai koridor laluan hidupan liar (gajah Pigmy) dan dicadangkan untuk diwartakan sebagai Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin (Tambahan IV) Kelas VII.

Tuan Speaker,
Kerajaan Negeri juga bercadang untuk mengelaskan semula seluas lebih kurang dua ratus tiga (203) hektar kawasan Hutan Simpan Sungai Mandun Kelas I (Perlindungan) kepada Hutan Simpan Sungai Mandun Kelas II (Komersial) untuk membolehkan permit menduduki hutan simpan (Occupation
Permit, OP) dikeluarkan kepada Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO), bagi maksud pengekstrakan batu kapur di kawasan tersebut. Selain itu, Kerajaan Negeri juga bercadang untuk mengelaskan semula seluas lebih kurang 68,975 hektar Hutan Simpan Kelas II (Komersial) kepada Hutan Simpan Kelas I (Perlindungan) dan Hutan Simpan Kelas VI (Virgin Jungle Reserve, VJR). Pengelasan semula kawasan hutan simpan ini adalah bagi membentuk jaringan kawasan berhutan yang berstatus Hutan
Perlindungan di kawasan yang berkenaan, bagi tujuan konservasi hidupan liar serta pemuliharaan fungsi ekosistem hutan. Ini juga adalah selaras dengan Dasar Hutan Sabah 2018 yang menyasarkan untuk meningkatkan jumlah keluasan kawasan Hutan Terlindung Sepenuhnya [Totally Protected Area
(TPA)] kepada 30% daripada jumlah keluasan Sabah menjelang tahun 2025.

Pengelasan semula ini melibatkan hutan simpan seperti yang berikut:

(i) Seluas 17,710 hektar daripada kawasan Hutan Simpan Sipitang Kelas II di daerah Sipitang dicadang untuk dikelaskan semula kepada Hutan Simpan Maligan Kelas VI (Virgin Jungle Reserve, VJR) (Tambahan). Kawasan tersebut merupakan kawasan hutan kerangas dan paya gambut Lower Montane, sejenis kawasan hutan yang unik dan jarang ditemui; dan

(ii) Seluas 51,265 hektar daripada beberapa kawasan Hutan Simpan Kelas II di daerah Nabawan dicadang
untuk dikelaskan semula kepada Hutan Simpan Kelas I (Perlindungan). Kawasan tersebut merupakan kawasan berhutan dan penting untuk tujuan konservasi dan pemeliharaan ekosistem. Kawasan-kawasan hutan simpan yang terlibat adalah seperti yang berikut:
(i) Seluas 11,802 hektar daripada kawasan Hutan Simpan
Sapulut Kelas II dicadang untuk dikelaskan semula
sebagai Hutan Simpan Sungai Semengawat Kelas I
(Perlindungan);
(ii) Seluas 10,312 hektar daripada kawasan Hutan Simpan
Sg. Temalasak Kelas II dicadang untuk dikelaskan
semula sebagai Hutan Simpan Sungai Temalasak Kelas
I (Perlindungan);
(iii) Seluas 7,077 hektar daripada kawasan Hutan Simpan
Sg. Kabu Kelas II dicadang untuk dikelaskan semula
sebagai Hutan Simpan Sungai Pepikan Kelas I
(Perlindungan);
(iv) Seluas 7,746 hektar daripada kawasan Hutan Simpan
Salilir Kelas II dicadang untuk dikelaskan semula
sebagai Hutan Simpan Salilir Kelas I (Perlindungan);
15
(v) Seluas 5,235 hektar daripada kawasan Hutan Simpan
Sg. Tagul Kelas II dicadang untuk dikelaskan semula
sebagai Hutan Simpan Sungai Napping Kelas I
(Perlindungan);
(vi) Seluas 5,799 hektar daripada kawasan Hutan Simpan
Sg. Tagul Kelas II dicadang untuk dikelaskan semula
sebagai Hutan Simpan Gunung Kumaka Kelas I
(Perlindungan) (Tambahan); dan akhir sekali
(vii) seluas 3,294 hektar daripada kawasan Hutan Simpan
Sg. Tagul Kelas II dicadang untuk dikelaskan semula
sebagai Hutan Simpan Sungai Salilir Kelas I
(Perlindungan).
Tuan Speaker,
Melalui Rang Undang-Undang ini, Hutan Simpan Kekal Negeri
akan meningkat sebanyak lima ratus enam puluh enam
16
perpuluhan lima tujuh (566.57) hektar, iaitu daripada tiga juta
lima ratus tujuh puluh empat ribu empat ratus enam puluh lapan
perpuluhan kosong kosong tiga (3,574,468.003) hektar pada
tahun 2022 kepada tiga juta lima ratus tujuh puluh lima ribu tiga
puluh empat perpuluhan lima tujuh tiga (3,575,034.573) hektar.
Keluasan TPA berbanding luas keseluruhan negeri akan turut
meningkat kepada 27.33%, berbanding 26.38% pada tahun

  1. Sabah memerlukan 2.67% TPA lagi untuk mencapai
    sasaran 30% TPA pada tahun 2025, seperti yang digariskan
    dalam Dasar Hutan Sabah 2018 dan juga Pelan Sabah Maju
    Jaya (SMJ).
    Perincian pertambahan dan pengurangan keluasan mengikut
    kelas adalah seperti yang berikut:
    ▪ Hutan Simpan Kelas I (Perlindungan) akan bertambah
    seluas 51,700 hektar daripada 1,421,717.26 hektar
    kepada 1,473,417.26 hektar;
    17
    ▪ Hutan Simpan Kelas II (Komersial) akan berkurang
    seluas 68,904 hektar iaitu daripada 1,655,482.95 hektar
    kepada 1,586,578.95 hektar;
    ▪ Hutan Simpan Kelas V (Bakau) akan berkurang seluas
    136.43 hektar daripada 234,680.27 hektar kepada
    234,543.84 hektar;
    ▪ Hutan Simpan Kelas VI (Dara) akan bertambah seluas
    17,710 hektar daripada 107,047.903 hektar kepada
    124,757.903 hektar; dan
    ▪ Hutan Simpan Kelas VII (Hidupan Liar) akan bertambah
    seluas 197 hektar daripada 139,502.85 hektar kepada
    139,699.85 hektar.
    Manakala keluasan bagi Hutan Simpan Domestik (Kelas III)
    dan Hutan Simpan Ameniti (Kelas IV) masing-masing kekal
    dengan keluasan 4,634 hektar dan 11,402.77 hektar.
    18
    Tuan Speaker,
    Langkah pembubaran kawasan hutan simpan tidaklah dibuat
    dengan sewenang-wenangnya tetapi ianya dilakukan demi
    kepentingan serta kebajikan rakyat Sabah, khususnya
    penduduk luar bandar yang benar-benar memerlukan kawasan
    bagi tujuan penempatan. Langkah pembubaran ini telah melalui
    proses pemilihan dan pemeriksaan secara teliti, iaitu hanya
    kawasan hutan simpan yang benar-benar mempunyai
    penempatan ataupun perkampungan yang telah sekian lama
    wujud sahaja yang akan dibubarkan.
    Selain itu, pembubaran sebahagian kawasan hutan bagi tujuan
    pembangunan ekonomi seperti pembangunan kilang bersepadu
    klinker dan simen di Pinangah, Tongod, penanaman herba
    bernilai tinggi untuk kegunaan perubatan di Bukit Hampuan,
    Ranau, dan penubuhan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin
    dan Keselamatan atau ICQS (Immigration, Custom, Quarantine
    and Security) bagi kawalan sempadan antarabangsa Malaysia
    19
    dan Indonesia juga disokong dengan justifikasi yang kukuh bagi
    menyokong pembangunan sosio-ekonomi negeri seiring dengan
    Hala Tuju Sabah Maju Jaya.
  2. Di samping itu, Kerajaan Negeri melalui Pejabat Hasil Bumi, Jabatan Perhutanan Sabah dan Jabatan Tanah dan Ukur juga telah mengambil langkah proaktif dengan mengenal pasti kawasan tanah Kerajaan yang sesuai untuk dijadikan sebagai kawasan hutan simpan, bagi menggantikan kawasan hutan simpan yang perlu dibubarkan ini.
    Tuan Speaker,
    Dengan kata-kata demikian, saya mohon mencadang.