Sign in / Join

Hajiji terima Buku Laporan Tahunan SMJ 1.0

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima BukuLaporan Tahunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya, Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya(SMJ)1.0 (2021-2025) Tahun 2022 daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, DatukSeri
Panglima Sr.Haji Safar Untong di pejabatnya di Dewan Undangan Negeri (DUN)Sabah, Kota Kinabalu pada Khamis. Hajiji pada Rabu berkata, Sekretariat SMJ telah mengeluarkan dua laporaniaitulaporan tahunan pencapaian sepanjang dua tahun Pelan Pembangunan SMJdanLaporan Pencapaian Inisiatif Tahun 2022, yang memaparkan perincian "report card"dengan markah pencapaian. Kedua-dua laporan ini boleh diakses melalui portal
Sekretariat Sabah Maju Jaya: smj.sabah.gov.my. Katanya, sebuah buku juga telah diterbitkan dan Sekretariat SMJ akan mengedarkankepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri dalam tempoh terdekat. Turut hadir pada majlis penyerahan itu ialah Ketua Pengarah PerkhidmatanAwamNegeri Sabah, Datuk Rosmadi Sulai, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan PerkhidmatanAwam Negeri/Timbalan Ketua Sekretariat SMJ, Encik Ramlee Hj Kariah danpegawai
Sekretariat SMJ.