Post Widget 1

Heath Tips

  • In enim justo, rhoncus ut, imperdiet a
  • Fringilla vel, aliquet nec, vulputateDonec pede justo,  eget, arcu. In enim justo, rhoncus ut, imperdiet a, venenatis vitae, justo.Nullam dictum felis eu pede mollis pretium.

Post Widget 2

Ewon bangkitkan bantahan Hutan Simpan Wariu dan isu Hutan Simpan Kg. Kibunut, Penampang

Ewon bangkitkan bantahan Hutan Simpan Wariu dan isu Hutan Simpan Kg. Kibunut, Penampang

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick membangkitkan isu berkaitan hutan simpan di Kadamaian dan Penampang, pada persidangan dewan undangan negeri, hari ini.

Beliau berkata, isu Hutan Simpan Wariu di kawasan Kadamaian yang diwartakan pada 2016 dan hutan simpan Kg.Kibunut Penampang mendapat bantahan daripada penduduk kawasan berkenaan.

“Di kawasan Kadamaian, ada cadangan sekitar 2016 untuk mewartakan sebahagian kawasan Kampung Melangkap dan Kg.Gensurai sebagai Hutan Simpan Wariu bagi menggantikan kawasan lain yang ditukar wartanya pada tahun berikutnya.

“Kampung di situ, sudah wujud sejak puluhan tahun sebelum pembentukan Malaysia, jadi ada pertikaian mengenai cadangan itu.

“Saya hanya mengetahui perkara ini pada 2020 dan telah membawanya ke Kabinet pada masa itu dan ada perbincangan. Saya tahu Kabinet yang ada sekarang boleh membuat keputusan baru,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang untuk meminda Enakmen Hutan (Penubuhan Hutan Simpan dan Pindaan) 1984, di Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.

Ewon berharap, sekiranya cadangan itu diteruskan, beliau sebagai wakil rakyat Kadamaian dilibatkan dalam sesi libat urus supaya tidak berlaku konflik diantara kerajaan dengan komuniti.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Penampang turut menyuarakan bantahan dan tuntutan penduduk Kg.Kibunut mengenai hutan simpan di kawasan itu.

“Saya minta pihak kerajaan negeri terutamanya Jabatan Perhutanan dan jabatan berkaitan mengkaji semula Hutan Simpan di Kg.Kibunut Penampang dan melibatkan wakil rakyat dalam perbincangan mengenai perkara itu,” katanya.

Ewon turut mempersoalkan kenapa kerajaan terdahulu membenarkan projek penanaman getah oleh Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) di kawasan berkenaan tetapi tidak membenarkan penduduk kampung mengusahakan kawasan itu.

Read also x