Saturday, March 2, 2024

Top 5 This Week

Related Posts

Tujuh calon dari Sabah tanding jawatan AMT UMNO

KOTA KINABALU (3 Mac 2023): Daripada 95 calon yang layak bertanding untuk mengisi jawatan ,Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno bagi sesi 2023-2026, tujuh daripadanya merupakan calon-calon yang mewakili Sabah.

Mereka terdiri dari penyandang (AMT) sebelum ini Ketua Umno Sabah yang juga Ketua Umno Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin yang memakai No. Calon 31.

Penyandang (AMT) yang lain dari Sabah yang juga akan mempertahankan jawatan tersebut pada sesi pemilihan kali ini Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang merupakan Ketua Wanita UMNO bahagian Papar memakai No. Calon 85 dan Ketua UMNO bahagian Tuaran Datuk Abdul Rahman Dahlan yang memakai No. Calon 65

Calon-calon lain dari Sabah yang mempertaruhkan nasip mereka pada pemilihan (AMT) bagi sesi 2023-2026 kali ini terdiri dari ,Timbalan Menteri Luar Negeri yang juga Ketua Umno bahagian Kimanis Datuk Mohamad Alamin No. Calon 67, Ketua bahagian Umno Beluran Julie Sabran No. Calon 27, Ketua Umno bahagian Penampang Datuk Mohd Asnol Ayub No. Calon 64 dan Ketua Umno bahagian Tawau Ghazalie Ansing No. calon 62

Satu-satunya calon dari Wilayah Persekutuan Labuan yang turut menawarkan diri dalam pemilihan Ahli Majlis tertinggi UMNO bagi sesi 2023-2026 ialah Ketua Umno Bahagian Labuan Datuk Paduka Mohd Rafi Alli Hussin No. Calon 79.

Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) memaklumkan bahawa secara keseluruhannya seramai 383 orang calon layak bertanding pada Pemilihan UMNO sesi 2023/2026 di peringkat pusat.

Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Samad berkata seramai lapan orang menawarkan diri bertanding bagi jawatan Naib Presiden, 95 orang calon bagi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO; Pengerusi Tetap (2 orang) manakala Timbalan Pengerusi Tetap (10 orang) yang kesemuanya berjumlah 115 orang.

“Pada 26 Februari kita telah menerima calon di peringkat tertinggi seramai 115 calon yang mendaftarkan diri dan kita telah melakukan semakan dari segi kelayakan. Manakala 95 orang bagi Ahli MKT,” katanya menerusi Wawancara Khas Sempena Pemilihan UMNO yang disiarkan secara langsung di Facebook UMNO Online

Sementara itu bagi jawatan Naib Presiden UMNO turut menyaksikan lapan calon sah merebut jawatan tersebut.

Dua daripada calon itu ialah penyandang jawatan berkenaan iaitu Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan bekas Ahli Parlimen Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Tiga lagi calon ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, bekas Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Turut bertanding Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, bekas Menteri Besar Johor Datuk Seri Hasni Mohammad dan Mohd Yusof Musa@Jamaludin yang merupakan ahli UMNO Bahagian Iskandar Puteri.

Sementara itu Bung yang juge Pengerusi Barisan Nasional Sabah ketika ditanya mengenai calon-calon yang menawarkan diri untuk mengisi pelbagai jawatan dalam pemilihan UMNO kali ini menyifatkan parti itu masih relevan dengan kepelbagaian latar belakang yang menawarkan diri untuk merebut tempat di peringkat pusat yang sudah tentu mampu memperkasakan UMNO menghadapi cabaran akan datang.

Katanya, demokrasi dalam UMNO tetap subur dengan jumlah calon yang menawarkan diri pada pemilihan kali ini termasuk tujuh calon dari Sabah

“ Kita yakin ramai calon gandingan muka lama dan muka baru dari pelbagai latar belakang akan dapat memberikan sumbangan pemikiran ,menyatukan dan memperkaskan UMNO untuk menghadapi cabaran akan datang” jelas Bung

Bung menambah Pemilihan UMNO bagi penggal 2023 hingga 2026 khususnya di Sabah amat menarik dan masyarakat di luar menjangkakan tiada sambutan pada pemilihan ini tapi penyertaan semua calon yang bertanding itu dari pelbagai bidang, umur dan peringkat mendapat sambutan yang luar biasa dan ini cukup menjelaskan UMNO di Sabah masih subur biarkan pun berlaku tsunami kecil politik dengan tindakan sebilangan ahli dan pemimpin UMNO keluar parti dan menyertai parti lain tapi itu bukanlah gambaran sebenarnya ahli UMNO diperingkat akan umbi yang kini mencecah hampir 600,000 orang di Sabah.

“ Saya mengharapkan agar ahli dapat menjadikan persidangan kali ini sebagai flatfrom untuk memperkukuhkan dan perkasakan parti selepas pemilihan ini” katanya.

Popular Articles