HomeLokalEwon sah ambil...

Ewon sah ambil alih Presiden UPKO pada 14-15 Januari 2023

PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick bakal mengambil alih tugas secara sah sebagai Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dalam Kongres parti yang akan diadakan pada 14-15 Januari 2023.

Mesyuarat Majlis Tertinggi parti yang diadakan hari ini memutuskan mengadakan kongres parti tersebut selepas tarikh asal pada 15-16 Oktober lepas ditangguhkan bagi memberi tumpuan kepada pilihanraya umum.

Kongres tersebut akan diadakan di Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang dan bakal dirasmikan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Pakatan Harapan (PH).

Ewon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian memenangi jawatan Presiden dalam pemilihan parti selepas penyandang Datuk Wilfred Madius Tangau tidak mempertahankan jawatan tersebut.

Dalam pilihanraya umum baru-baru ini, Ewon menewaskan Timbalan Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Darell Leiking. Ewon juga merupakan satu-satunya ADUN UPKO yang memenangi kerusi pilihanraya negeri pada tahun 2020.

Get notified whenever we post something new!

spot_img

Mount Kinabalu in acrylic.

Continue reading

Penubuhan kerajaan perpaduan harus libat Sabah, Sarawak

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berpendirian bahawa adalah perlu pembentukankerajaan Persekutuan dilaksanakan dengan segera.Oleh itu, GRS senada dengan GPS untuk akur kepada apa saja keputusan dan nasihat Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong mewujudkan kerajaan perpaduan demi kestabilan negara...

STAR SABAH supports formation of unity government

KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanahairku (STAR SABAH) is open to supporting a formation of a unity government.Party president Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan believes this is the way forward for the nation.“Given the political impasse faced by the...

Gesa Zahid berundur, MCA perlu cermin diri: Bung Moktar

Kuala Lumpur: Gesaan MCA yang mahu Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya berundur adalah kenyataan tidak berasas dan tidak cermin diri sendiri. Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin (gambar) berkata, sebaliknya MCA perlu bertanyakan...

Read for free the latest news in Sabah

visit our website every day for the latest updates