HomeLokalGRS Tolak Tuduhan...

GRS Tolak Tuduhan Isytihar Perang terhadap BN

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menolak sekeras-kerasnya dakwaan Barisan Nasional (BN) Sabah bahawa GRS mengisytiharkan perang terhadap BN seperti yang dituduh pengerusinya, semalam.

Pengerusi GRS, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata GRS tidak pernah mengisytiharkan perang terhadap BN seperti yang didakwa oleh Datuk Bung Moktar Radin. 

“Kita tidak ada apa-apa alasan atau perlunya isytihar perang terhadap BN. Malah, dalam pilihan raya baru-baru ini, kita (GRS) dan saya sendiri turun padang berkempen untuk membantu calon BN di kawasan mereka,” kata Hajiji.

Hajiji yang juga Ketua Menteri berkata janji sebelum pilihan raya antara GRS dan BN adalah untuk GRS memberi sokongan terhadap UMNO/BN seandainya parti tersebut layak menjadi Perdana Menteri dan membentuk Kerajaan.

“Bagaimanapun, apabila BN kalah dan UMNO tidak layak menjadi Perdana Menteri, maka perjanjian itu tidak sah dengan sendirinya.

“Perlu ditegaskan juga bahawa tiada janji sebelum pilihan raya dengan orang (pihak) lain termasuk dengan Pakatan Harapan (PH),” katanya menerusi satu kenyataannya di sini pada Selasa.

Hajiji juga menafikan dakwaan bahawa beliau bersama Ahli Parlimen PKDM (Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat) dan Bebas telah menemui Tan Sri Muhyiddin Yassin di kediaman pemimpin berkenaan di Kuala Lumpur.

“Mereka berjumpa dengan Tan Sri (Muhyiddin) atas kerelaan mereka sendiri dan saya tidak terlibat langsung pada perjumpaan tersebut” katanya.

“Saya berharap UMNO/BN akan terus bekerjasama dalam mentadbir negeri ini selaras dengan mandat yang diberikan rakyat kepada kerajaan GRS-BN pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRN16) yang lalu,” kata Hajiji.

Get notified whenever we post something new!

spot_img

Mount Kinabalu in acrylic.

Continue reading

Ewon sah ambil alih Presiden UPKO pada 14-15 Januari 2023

PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick bakal mengambil alih tugas secara sah sebagai Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dalam Kongres parti yang akan diadakan pada 14-15 Januari 2023. Mesyuarat Majlis Tertinggi parti yang diadakan hari ini memutuskan mengadakan...

Penubuhan kerajaan perpaduan harus libat Sabah, Sarawak

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berpendirian bahawa adalah perlu pembentukankerajaan Persekutuan dilaksanakan dengan segera.Oleh itu, GRS senada dengan GPS untuk akur kepada apa saja keputusan dan nasihat Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong mewujudkan kerajaan perpaduan demi kestabilan negara...

STAR SABAH supports formation of unity government

KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanahairku (STAR SABAH) is open to supporting a formation of a unity government.Party president Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan believes this is the way forward for the nation.“Given the political impasse faced by the...

Read for free the latest news in Sabah

visit our website every day for the latest updates