HomeTempatanPelanconganCrocker Range can...

Crocker Range can be developed for ‘nature healing’

Taman Banjaran Crocker berpotensi untuk dibangunkan sebagai satu pusat pelancongan berkonsepkan “Nature Healing”. (The Crocker Range has the potential to be developed as a ‘nature healing’ tourism centre.)

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, ia berikutan taman ini terkenal dengan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna yang mampu memberi impak positif kepada sesorang individu.

“Nature healing” secara amnya bukanlah berfungsi menyembuhkan manusia tetapi, manfaat yang berkaitan dengannya lebih kepada usaha mengurangkan tekanan dan kebolehan ruang untuk melegakan, menenangkan, untuk memberi nafas baru atau untuk memulihkan kesihatan mental dan emosi individu.

Beliau berkata demikian dalam satu sesi taklimat bersama staf Taman-Taman Sabah baru baru ini.

Pelancongan berkonsepkan “Nature Healing” ini akan menawarkan kepelbagaian khazanah alam semulajadi yang pastinya memberikan satu pengalaman yang sukar dilupakan oleh pengunjung.

“Ini adalah satu produk pelancongan berasaskan alam semulajadi dan pelancong boleh datang ke sini menikmati, melihat sendiri dan merasainya”.

Jelasnya, kementerian akan terus memberi perhatian kepada kawasan-kawasan serta tempat-tempat yang mempunyai nilai dan daya tarikan pelancongan, untuk diangkat sebagai produk pelancongan baharu yang boleh diketengahkan.

Jafry berkata antara langkah yang diambil ialah dengan memastikan keperluan ke atas pembangunan infrastruktur diberi keutamaan.

Kementerian juga akan meneruskan usaha dalam mempromosikan tempat-tempat menarik dalam negeri ini yang mungkin belum diterokai orang ramai.

Get notified whenever we post something new!

spot_img

Mount Kinabalu in acrylic.

Continue reading

Ewon sah ambil alih Presiden UPKO pada 14-15 Januari 2023

PENAMPANG: Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick bakal mengambil alih tugas secara sah sebagai Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dalam Kongres parti yang akan diadakan pada 14-15 Januari 2023. Mesyuarat Majlis Tertinggi parti yang diadakan hari ini memutuskan mengadakan...

Penubuhan kerajaan perpaduan harus libat Sabah, Sarawak

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berpendirian bahawa adalah perlu pembentukankerajaan Persekutuan dilaksanakan dengan segera.Oleh itu, GRS senada dengan GPS untuk akur kepada apa saja keputusan dan nasihat Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong mewujudkan kerajaan perpaduan demi kestabilan negara...

STAR SABAH supports formation of unity government

KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanahairku (STAR SABAH) is open to supporting a formation of a unity government.Party president Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan believes this is the way forward for the nation.“Given the political impasse faced by the...

Read for free the latest news in Sabah

visit our website every day for the latest updates